search a beautiful heart,not a beautiful face..beautiful things are not always good..=)

Sunday, 22 January 2012

biar buruk di mata org asalkan indah di mata ALLAH

assalammualaikum awak... *sila jawab :)*
sy tgh cuti nihh..dok umah bersama keluarga tercinta...bess ouhh :D
so kpd rakyat malaysia..sy ucapkan selamat hari raya cina..nk limau ! :D

OK BACK to the point yg sy nk ckp ehh...
pernah tak dgr kisah seorang isteri yg sgt patuh kpd suaminya masa zaman Rasulullah s.w.t. dulu??
penah kutt...ekk...sokay lahh..nk crite jgk sb sy sgt kagum dgn si isteri nih...
tp kan..sy ringkaskan ehh..janji awak faham :D

dalam sebuah riwayat diterangkan :
sesungguhnya pada zaman Rasulullah SAW terdapat seorang suami yg mahu pergi berperang. sblm pergi..si suami berpesan kpd si isteri "jgnlah kamu keluar rumah sehingga aku pulang dari berperang". pada waktu si suami tlh pergi, ibu si isteri jatuh sakit.

maka si isteri mengutus seorang wakil berjumpa dgn Rasulullah SAW utk meminta izin menziarah ibunya. jawab Rasulullah, " tunggulah suamimu pulang, jgnlah keluar rumah". si isteri patuh. namun si suami masih belum pulang. dtg lg utusan dari kg yg menyatakan ibunya sedang sakit tenat dan terlalu rindu akan anaknya itu. si isteri menghantar lagi wakil berjumpa Rasulullah s.w.t. Rasulullah SAW mjawab, " tunggulah suamimu pulang"

akhirnya ibu si isteri meninggal dunia. lalu si isteri mengutus kan org utk meminta izin melihat ibunya buat kali terakhir. Rasulullah SAW mjawab "tunggulah sehingga suamimu pulang". patuh lah si isteri itu walaupun hatinya sedih dan kecewa..



setelah itu Rasulullah SAW mengutus seseorang kpd si isteri tersebut utk memberikan berita bahawa ALLAH  s.w.t. telah mengampunkan dosa dosa ibunya disebabkan ketaatannya kpd suaminya.

:: awak...cuba bayangkan..klw org zaman sekarang bwt mcm tu...mesti dia kene kutuk hentam dgn org sekelilingkan... si isteri tersebut pun mesti kena jugak.. tp bayangkan..wlwpn dikutuk oleh masyarakat..tp ALLAH s.w.t. pandang dia mulia... ALLAH s.w.t. ampunkan dosa ibu dia atas apa yg dia bwt tu... ALLAH s.w.t. pandang kita berbeza dgn org lain... subhanallah.. ALLAH s.w.t tahu apa yg awak buat...yakinlah selagi ia berada di landasan ALLAH s.w.t.

hadis Baginda Rasulullah SAW ada menegaskan yang bermaksud: “Sekiranya aku boleh (diberi kuasa untuk menyuruh makhluk sujud kepada makhluk yang lain) menyuruh seorang itu sujud kepada seorang yang lain pastinya aku menyuruh si isteri sujud kepada suaminya.” (Hadis riwayat al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, jld:7, hlm:291, Abu Daud, Sunan Abi Daud, jld:2, hlm:605, al-Tarmidzi, Sunan al-Tarmidzi, jld:4, hlm:323).

tp awk kena ingat... selagi awak belum bersuami.. taat lah kpd kedua ibubapa awak..bahagiakan mereka terlebih dahulu... dan... kepada bakal-bakal suami.. keluarga isteri juga adalah keluarga awak... jadilah suami yg terbaik yg membahagiakan kedua-dua belah pihak... :)



Firman Allah SWT;
“ Dan Kami telah memerintahkan manusia supaya berbuat baik dan berbakti kepada kedua ibu bapanya …  ”  (Al-Ankabut ayat 8 ) 
Sabda Nabi SAW;

sabda Rasulullah yang bermaksud:“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa”



terima kasih si cantik dan si kacak

Wednesday, 18 January 2012

kesabaran dia memikat hati saya :)


saya ada satu cerita..tentang A dan B :) :

pada suatu hari
ada sepasang kekasih a dan b
mereka saling syg mnyayangi antara satu sama lain :)

cuma setiap kali a dan b bermasalah,
a mcm rasaksa lapar..
klw blh nk telan b masa tu...
lidah a mcm peluru berpandu...
amarah a mcm bom jangka yg sentiasa meletop tanpa henti!

bila a marah lagi..
a akan ckp apa sahaja...
a akan marah semahu-mahunya...
kadang2 a jd sgt kejam dgn b...

tapi b tak pernah balas...
b tetap sabar tunggu kemarahan a reda..
b tetap pujuk wlwpn hati b sedih
kesian b...
mesti b sedih kan :'(

tapi...
b sedih mcm mana pun..
b kecewa mcm mana pun..
b selalu sabar..

b selalu cuba jernihkan keadaan..
b tak pernah tinggikan suara..
sabarnya awak b 
apa rahsia nya? :)

alhamdulillah..
a bersyukur sb dgn b..
klw dgn c atau d...
dgn kedegilan a tu
mesti a kena makan hidup2 ^^
harap-harap a blh jadi mcm b :)

~stay cute~



terima kasih si cantik dan si kacak

Wednesday, 4 January 2012

it's all about relationship~




terima kasih si cantik dan si kacak

Sunday, 1 January 2012

andai aku tulang rusukmu yg hilang


Ya Allah.... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...


Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan.... dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku.... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan.... berikanlah aku kekuatan.. agar ku bisa bahagia..walau tanpa dirinya..


Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...


Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...


Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran... Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....


Amin.. Ya Rabbal A'lamin.




terima kasih si cantik dan si kacak

rasaksa